Selamat tinggal TRW – Yusri

Ketua jurulatih pasukan Kelantan, Yusri Che Lah dikhabarkan sudah tidak lagi bersama pasukan sekaligus mengundurkan diri sebagai pengendali skuad itu bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut sumber yang memberitahu Vocket FC, Yusri telah berjumpa dengan staf kejurulatihan yang lain pada semalam untuk mengucapkan selamat tinggal.

Dengan ini, Kelantan bakal dibimbing oleh ketua jurulatih baharu bagi mengendalikan pasukan yang akan bersaing dalam saingan Liga Perdana musim hadapan.

Sebelum ini, pemilik pasukan, ZamSaham berhasrat untuk mengekalkan khidmat Yusri dimana beliau mahu mencari ketua jurulatih baharu bagi dibandingkan dengan bekas pemain Selangor itu.

Memandangkan Yusri memutuskan untuk tidak lagi bersama pasukan, maka juara Liga Super musim 2012 itu kini harus mencari ketua jurulatih baharu bagi menghadapi saingan musim 2021.

Pihak kelab juga telah membuka peluang kepada mana-mana jurulatih yang berminat bagi menggantikan Yusri Che Lah untuk menghubungi pasukan.

Selain mencari ketua jurulatih, Kelantan turut mencari penolong jurulatih dan juga jurulatih kecergasan.