Selangor bangkit bergaya tewaskan MUFC

Ketinggalan dua kali tidak mematahkan semangat Selangor FC, apabila bangkit bergaya men3waskan Melaka United FC (MUFC) 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini, sebentar tadi.

Selepas meraih kemenangan 3-0 men3waskan UiTM minggu lalu, tuan rumah nyata berusaha gigih untuk memperbaiki kedudukan di carta liga namun kelebihan selepas dua kali mendahului gagal dipertahankan.

MUFC memiliki peluang di depan pada minit ke-25 menerusi rembatan Wan Amirul Afiq namun muntah daripada tangkapan penjaga gol Selangor, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid tetapi tindakan susulan Sony Norde tidak membuahkan hasil.

Bagaimanapun anak buah Zainal Abidin Hassan kelihatan lebih agresif mengasak pada hujung babak kedua sehingga dihadiahkan sepakan penalti berikutan tindakan Jordan Ayimbila menjatuhkan S Kumaahran yang mudah disudahkan oleh Stefan Nikolic pada minit ke-45.

Olusegun Ifedayo kemudian berjaya menyamakan kedudukan buat Selangor pada minit ke-51 selepas cubaan Brendan Gan ditepis penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Bola itu bagaimanapun singgah di kaki Ifedayo yang mudah menolak masuk untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Namun skuad Hang Tuah kembali bangkit mendahului Selangor FC menerusi tandukan Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-59 hasil sepakan sudut S Kumaahran.

Ketika MUFC kelihatan selesa mendahului pelawat, Ifedayo sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-70 selepas mengutip hantaran lintang pemain gantian Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

sumber : BH

Akhirnya kelebihan dua kali di depan gagal dipertahankan MUFC selepas Muhammad Syahmi Safari berjaya menjaringkan gol kemenangan buat skuad Merah Kuning ketika saingan berbaki tiga minit sebelum wisel penamat dibunyikan.