Sukan

Selangor Dapatkan Satu Lagi Pemain Import

Striker import Selangor, Ifedayo Olesegun dikhabarkan telah berjaya mendapatkan pasport Bahrain sekaligus bakal mengisi kuota pemain import Asia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana pasport Bahrain yang diperoleh Ifedayo membolehkan Selangor menandatangani seorang lagi pemain import.

Menurut Zulhelmi, pemain tengah dari Jerman, Manuel Konrad menjadi pilihan utama skuad bimbingan Karsten Neitzel bagi melengkapkan kuota pemain import mereka.

Konrad merupakan pemain berusia 32 tahun dan musim lalu beliau beraksi bersama kelab divisyen ketiga liga bola sepak Jerman, KFC Uerdingen 05.

Sebelum ini, Konrad pernah beraksi bersama beberapa kelab Jerman yang lain seperti SC Freiburg, SpVgg Unterhaching, FSV Frankfurt dan Dynamo Dresden.

Setakat ini, Selangor telah mengesahkan empat pemain import iaitu Tim Heubach, Oliver Buff dan Ifedayo Olesegun.

Kuota pemain Asia Tenggara pula diisi oleh pemain versatile dari Singapura, Safuwan Baharudin.