Selangor FC masih mencari keserasian dan kesefahaman

Sudah lima perlawanan diharungi, pasukan yang digambarkan mampu mencabar kedudukan teratas Liga Super iaitu Selangor FC boleh dikatakan masih bergelut untuk mencari keserasian dan kesefahaman antara pemain.

Malah, dengan rekod satu kemenangan, dua seri dan kalah untuk mengumpul hanya lima mata boleh dikatakan pasukan itu gagal mencapai matlamat atau penanda aras yang ditetapkan kepada mereka untuk musim ini.

Pengurus pasukan Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, ketika ini skuad Gergasi Merah masih mencari rentak termasuk menyesuaikan diri dengan ‘DNA’ Jerman yang diterapkan kepada mereka.

Beliau berkata, menerusi pemerhatiannya terhadap lima perlawanan turut mendapati penyudah tumpul menyebabkan pasukannya gagal mencipta sebarang jaringan hingga berhadapan dengan kekalahan terutama ketika men3ntang Penang FC baru-baru ini.

Katanya, masalah terbabit sememangnya sudah membelenggu pasukan sejak awal permainan sekali gus memerlukan penambahbaikan dalam usaha merebut kedudukan tiga teratas musim ini.

“Kec3deraan yang dialami oleh beberapa tonggak utama turut menyumbang kepada masalah untuk membentuk gandingan mantap di atas padang.

“Pasukan kami dibarisi pemain baharu sekali gus agak sukar untuk ada keserasian antara pemain kerana memerlukan sedikit masa.

“Boleh saya katakan keputusan yang diperoleh selepas lima perlawanan ini tidak seperti yang diharapkan namun optimis akan bangkit pada saingan seterusnya,” katanya.

Selain itu, ketika ditanya kemungkinan ada individu akan ‘direhatkan’ berdasarkan prestasi semasa, Mahfizul berkata perkara itu masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana ketika ini skuad Selangor FC tidak berhadapan masalah besar hingga terpaksa berbuat demikian.

“Apa saya boleh katakan terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara itu kerana fokus sekarang adalah memperbaiki segala kelemahan dan membentuk kembali barisan pemain yang mantap.

sumber : HM

“Pada masa sama, kami juga optimis dapat memberi tentangan sengit untuk berada di kelompok tiga teratas pada musim ini,” katanya.