Selangor Kunci Mulut

Selangor FC nafi memberikan layanan bak primadona terhadap striker import, Ifedayo Olusegun.

Sebaliknya, ada elemen lain yang melewatkan kehadiran penjaring terbanyak Liga Super 2020 itu ke Malaysia tatkala latihan pasukan utama untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021 sudah pun memulakan latihan pra-musim sejak 4 Januari.

Hasrat pemenang Kasut Emas Liga Super 2020 — mel3dak 12 gol daripada 11 perlawanan — terbantut berikutan kekangan C0V!D-19.

 Selangor FC kunci mulut status pendaftaran Ifedayo Olusegun

Saya tenang kami sentiasa berhubungan.

“Dia menjalani program individu. Saya tidak kisah, saya percaya dia akan tiba tidak lama lagi,” kata ketua jurulatih G3rgasi Merah, Karsten Neitzel ketika diwawancara wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, di pangkalan latihan pasukan itu.

Khabar angin berhubung kelewatan ketibaannya juga mula berkumandang mengenai striker Nigeria itu yang akan didaftarkan sebagai pemain kuota Asia berikutan pernah berkelana ke Bahrain dari 2012 hingga 2014 sebelum beralih ke Liga-M bersama Felda United pada tahun yang sama.

Kami tahu dia bukannya pergi bercuti.

“Kami melayani semua pemain sama rata. Cuma ada beberapa dokumen berkaitan dengannya yang membuatkan kedatangannya tertangguh, lagipun dengan syarat C0V!D-19 yang agak ketat ketika ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon.

Begitupun, Selangor belum dapat berkongsi lanjut perkembangan pendaftaran pemain yang telah mencetak 29 jaringan bersama itu.

sumber : SA

“Saya tidak dapat mengulas perkara ini. Kami akan lakukan apa yang boleh.”