Selepas Dooley, Bernhardt pula bakal direhatkan

Empat kekalahan dan satu seri bakal menyaksikan pengendali UiTM FC, Frank Bernhardt menjadi jurulatih kedua dalam Liga Malaysia (Liga M) direhatkan.

Sebelum ini, Thomas Dooley direhatkan Sri Pahang selepas hanya sempat mengendali pasukan itu dalam dua perlawanan awal Liga Super selepas t3was 3-1 kepada Selangor dan 2-0 di tangan Perak.

Nasib bekas pengendali skuad bawah 23 tahun negara itu, dijangka diketahui esok selepas ahli lembaga pengarah UiTM FC membuat mesyuarat tergempar malam ini.

sumber : UM

Jurulatih dari Jerman itu, mula membimbing skuad The Lion Troops pada 2020 yang menyaksikan pasukan itu mengakhiri saingan Liga Super musim lalu dikedudukan keenam dan disifatkan pencapaian terbaik untuk UiTM.