Senaraikan Sumareh

Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh tampak berpeluang meraih penampilan pertama bersama Police Tero FC menentang PT Prachuap, esok.

Bagaimanapun, pengendalinya, Rangsan Viwatchaichok menegaskan peluang itu bergantung kepada tahap kecergasan pemain sayap itu memandangkan dia baru sahaja menyertai sesi latihan beberapa hari selepas selesai menjalani tempoh kuarantin.

“Kita belum pasti sama ada boleh menurunkan Sumareh tetapi dua lagi pemain import iaitu Marc Landry Babo dan Greg Houla tampak sedia untuk beraksi.

“Sumareh baru selesai kuarantin, jadi kami perlu menilai terlebih dahulu tahap kecergasannya. Cuma dia akan tetap bersama pasukan untuk perl@wanan itu.

“Kehadiran pemain import pasti dapat membantu kami selain pemain yang pulang daripada tugasan antarabangsa. Ini situasi yang baik buat kami,” katanya menerusi laporan media tempatan, Siamsport.

Terdahulu, Sumareh sebelum ini mengesahkan dia mengikat kontrak bersama pasukan Liga 1 Thailand itu bagi tempoh enam bulan.

Sebagai rekod, Police Tero ketika ini menghuni tangga kelapan apabila mengutip 11 mata daripada tujuh perlawanan.

sumber : BH

Mereka meraih tiga kemenangan dan dua keputusan seri yang menyaksikan mereka meledak lapan gol dan dibolosi lapan kali.