Sepakan lencong dari jarak 25 meter, Zaquan wira NSFC

Negeri Sembilan FC kembali mendapat rentak terbaik apabila melakar kemenangan 2-1, ke atas Kelantan FC dalam saingan Liga Perdana, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Kemenangan kelima daripada lapan perlawanan itu sekali gus menebus kek3cewaan mereka selepas t3was kepada Kelantan United FC 2-3, dalam perlawanan sebelum ini di gelanggang sama.

Negeri Sembilan terlebih berada di depan menerusi jaringan kapten pasukan Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak pada minit keempat.

Jaringan itu terhasil menerusi gerakan satu dua dengan Alain Thierry Akono dari bahagian tengah dan Zaquan yang berjaya memperdayakan pertahanan Kelantan untuk mudah menolak masuk bola ke gawang men3waskan penjaga gol Kelantan, Mohd Farizal Harun.

Jaringan itu ternyata menaikkan lagi semangat pemain dalam usaha mereka untuk melakar kemenangan dan bagi menebus kek3cewaan pada aksi sebelum ini.

Pada minit ke-18, anak buah K Devan berpeluang untuk melebarkan lagi jurang gol, namun percubaan leret dari luar kotak penalti oleh Thierry Akono dapat diselamatkan Mohd Farizal.

Begitupun, skuad The Red Warriors yang tampil dengan semangat tinggi selepas menang ke atas Kuching City FC, 10 April lalu memberi tentangan sengit kepada skuad tuan rumah.

Pada minit ke-38, pelawat mendapat peluang namun sepakan bola mati dari luar kotak oleh kapten Mario Arques Blasco, sedikit tersasar sebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan.

Usaha Kelantan untuk menyamakan kedudukan tidak tercapai sehingga berakhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan dilihat memperkemaskan semula gerakan mereka dan usaha itu membuahkan hasil apabila Mario Arques menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-54.

Mario melakukan aksi menarik menerusi sepakan voli dari dalam kotak penalti untuk men3waskan penjaga gol gantian Negeri Sembilan, Damien Lim untuk mengikat berkedudukan 1-1.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila Zaquan Adha sekali lagi memperagakan aksi mantapnya apabila bola sepakan lencong dari jarak 25 meter sebelah kiri pintu gol pelawat menerjah penjuru kanan untuk gol kedua Negeri Sembilan pada minit 69.

sumber : HM

Usaha anak buah Marco Ragini yang dilihat terus berusaha untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata tidak kesampaian apabila kedudukan 2-1 yang menyebelahi Negeri Sembilan kekal sehingga ke wisel penamat.