Setelah berstatus Naturalisasi, Marc Klok Jadi buruan Pasukan Liga M

Tonggak tengah Persija Jakarta, Marc Klok dari Belanda yang baru sahaja mendapat status warganegara Indonesia pada bulan lepas kini menjadi bvruan 4 pasukan Liga Super untuk mengisi kuota pemain import ASEAN dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Menurut laporan daripada Goal.com, 4 pasukan tersebut ialah Kedah, Perak, Terengganu FC dan Selangor. Walaupun slot import ASEAN skuad g3rgasi merah sudah diisi oleh Safuwan Baharuddin namun mereka masih mempunyai satu lagi kekosongan untuk kuota Asia.

Berusia 26 tahun, Klok sudah beraksi dalam saingan Liga Indonesia sejak 2017 dan pernah membantu PSM Makassar muncul sebagai naib juara Liga 1 pada musim 2018 dan juara Piala Indonesia pada musim lepas.

Beliau kemungkinan akan dipanggil untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan Indonesia dibawah kendalian Shin Tae Yong dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan datang.

Klok juga sebelum ini pernah mendapat panggilan untuk menyertai skuad garuda ketika dibawah kendalian Simon McMenemy. Namun, beliau tidak sempat melakukan penampilan pertama kerana proses naturalisasinya masih belum selesai.

Bagaimanapun, 4 pasukan Liga Super tersebut mungkin akan mendapatkan khidmat Klok secara pinjaman kerana pemain tersebut masih mempunyai kontrak dengan Persija Jakarta sehingga tahun 2024.

Disebabkan saingan Liga Indonesia belum pasti akan bermula pada musim depan kerana penularan wabak pandemik serta larangan daripada pihak polis, maka Klok kemungkinan besar berhijrah ke Liga Malaysia.

Selain Marc Klok, beberapa pemain Indonesia turut dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Liga Malaysia antaranya ialah Evan Dimas, Hansamu Yama, Riko Simanjuntak, dan Stefano Lilipaly.