Shukor Adan boleh kenapa pemain lain tak boleh – safee sali

Perkataan bersara atau menggantung but masih belum ada dalam kamus peny3rang berpengalaman, Safee Sali walaupun bakal menjangkau usia 37 tahun musim depan.

Bintang baharu pasukan Kuala Lumpur United FC (KLUFC) itu menegaskan dia akan meneruskan kerjaya dalam bola sepak selagi memiliki kudrat untuk membantu pasukan yang disertai.

Malah, dia menganggap kudrat yang dimiliki ketika ini masih mampu untuk bersaing bersama pemain lain termasuk tonggak import bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Saya sentiasa positif, selagi saya belum mengucapkan perkataan bersara, saya ingin menabur bakti, pengalaman dan segalanya untuk pasukan yang saya sertai.

“Menyertai pasukan yang saya pernah sertai sebelum ini (Kuala Lumpur), saya cukup teruja dan walaupun saya akan berumur 37 tahun pada tahun depan, tapi saya merasakan macam berusia 17 tahun.

“Saya masih mahu memberi segala pengalaman dan tenaga yang saya ada hingga sampai satu saat nanti apabila badan saya sendiri yang mengatakan ia sudah cukup (bersara).

“Buat masa sekarang saya merasakan badan saya masih lagi boleh bersaing bersama pemain lain terutama di posisi peny3rang. Jadi, saya belum lagi terfikir untuk mengucapkan perkataan bersara,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani kontrak setahun bersama KLUFC, semalam.

Selain Safee, KLUFC musim depan turut akan diperkuatkan dengan bekas pemain Kedah, Hadin Azman yang menandatangani kontrak dua tahun.

Selain itu, Safee menjadikan pemain tertua dalam Liga Malaysia ketika ini, Shukor Adan yang sudah berusia 41 sebagai contoh buatnya meneruskan kerjaya dalam sukan bola sepak.

“Kita memang ada contoh di liga kita sendiri, Shukor akan berumur 42 tahun dan dia masih bermain di liga tertinggi Malaysia, jadi kenapa pemain lain tidak boleh.

Sumber : BH

“Di negara luar, di posisi peny3rang, saya melihat Zlatan Ibrahimovic berada di situ dan (masih mampu) menjaringkan gol,” katanya.