Siapa kata senang

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menegaskan kemenangan diraih menewaskan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) 3-0 pada aksi Liga Super, di Stadium Sultan Ibrahim bukan tugas mudah.

Pengendali kelahiran Mexico itu menepis tanggapan itu dengan berkata kemenangan digapai adalah hasil komitmen setiap pemain yang beraksi tatkala sedar betapa lawan adalah pasukan yang liat untuk ditewaskan dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Siapa kata senang untuk jinakkan PJ City FC. Mereka tidak mudah ditewaskan dan bukan lawan yang mudah kerana mereka tidak melepaskan gol pada aksi pertama sepanjang musim ini.

Tugas sukar juga untuk memecahkan lima atau enam pertahanan mereka yang beraksi secara kompak. Tapi kami guna taktikal berbeza pada perlawanan itu dan ia membawa kepada jaringan awal pada minit pertama.

Selepas gol awal itu, kami sedar pasukan lawan sudah mula tertekan dan kami ambil kesempatan apabila bertali arus melancarkan s3rangan dan gerakan itu kerap bermula di posisi tengah dan kemudian mengembang ke sayap kiri dan kanan,katanya.

Menguias lebih lanjut, Mora mendedahkan taktikal permainan diubah bagi memastikan barisan pemain tidak terperangkap dengan jerat skuad bimbingan P Maniam, sebaliknya barisan pemain lawan lebih tertekan dan penguasaan hampir 85 peratus permainan milik skuad JDT.

Katanya, faktor penggiliran pemain juga memainkan peranan bagi melakar kemenangan dalam perlawanan itu tatkala pemain seperti Nazmi Faiz Mansor, Syameer Kutty Abba, Akhyar Rashid dan Adam Nor Azlin tahu tugas dan tanggung jawab harus dilakukan apabila beraksi di padang.

Mengubah taktikal dan penggiliran pemain beri kesan positif terhadap JDT dan kita dapat lihat Leandro (Velazquez) bebas untuk bergerak di posisi tengah dan mampu mem3cah benteng lawan.

“Malah Gonzalo (Cabrera) dan Ariff Aiman (Mohd Hanafi) bertindak baik menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan melakukan percubaan berbahaya dan kelibat Syameer (menjadi pencetus gerakan di posisi tengah,” kata Mora.