Skuad Gergasi Merah bakal diterapkan DNA bola sepak Jerman

Kehadiran jurulatih Karsten Neitzel dianggap mampu menerapkan DNA bola sepak Jerman dalam pasukan Selangor FC bermula musim depan.

Bekas pengendali VFL Bochum dan SV Elversberg berusia 52 tahun itu diperkenalkan secara rasmi oleh skuad berkenaan dalam video ringkas menerusi akaun Facebook rasmi kelab, hari ini.

Karsten mengakui perkara paling penting bagi dirinya sepanjang memikul tugas sebagai ketua jurulatih adalah untuk mengembalikan keyakinan semua pihak terutama penyokong skuad Gergasi Merah.

“Sudah tentu ia cukup bagus jika saya dapat meyakinkan semua orang di kelab ini dengan memenangi perlawanan. Sejak beberapa minggu lalu, pasukan ini sudah memberikan bayangan yang sangat bagus.”

“Saya mempunyai keyakinan (dengan pasukan utama). Saya sudah menonton banyak perlawanan pasukan ini dan saya fikir kita ada pasukan yang mempunyai kualiti yang baik.

“Seperti penyokong, saya juga dahagakan kejayaan. Saya mahu memenangi setiap perlawanan bersama pasukan, staf dan penyokong. Namun, kita perlu melakukannya langkah demi langkah.

sumber : BH

“Kita perlu memperbaiki cara kita bermain, kita perlu menambah baik perkara kecil kerana perkara kecil ini akan memberikan perubahan yang besar,” katanya.