Skuad H3lang Merah, meneruskan Rentak Kemenangan

Kedah meneruskan rentak kemenangan selepas men3waskan FELDA United FC 2-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi.

Anak buah Aidil Sharin Sahak bagaimanapun cemas sebelum menang apabila Syahmi Zamri meletakkan The Fighters di depan pada minit ke-46.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama selepas Tchetche Kipre mel3dak gol penyamaan buat Kedah pada minit ke-48.

Hadin Azman menceriakan kem Kedah apabila mel3dak gol kemenangan Helang Merah pada minit ke-66, sekali gus membawa pulang tiga mata.

Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hasrat PJ City merekodkan kemenangan di gelanggang sendiri tidak kesampaian apabila terikat 1-1 dengan Sabah.

sumber : BH

PJ City terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Elizeu Araujo pada minit ke-51 sebelum Rodoljub Paunovic menyamakan kedudukan buat Sabah ketika perl@wanan berbaki tiga minit.