Skuad Lang Merah ke pentas AFC

Ipoh: Kedah berjaya mengekalkan kedudukan kedua Liga Super apabila menang 3-2 pada perl@wanan akhir Liga Super menentang Perak yang berlangsung di Stadium Perak di sini malam ini.

Kedah memulakan jaringan awal menerusi peny3rang import, Kpah Sherman pada minit ke-28 apabila percubaannya berjaya menerjah masuk ke dalam gawang gol lawan.

Selang tiga minit kemudian Kedah sekali lagi menggandakan jaringan melalui rembatan masuk oleh pemain tengah Fadzrul Danel pada minit-31.

Pasukan Perak cuba mengasak dan akhirnya memiliki gol pertama melalui sepakan penalti pada minit ke-38 selepas Firdaus Sayadi dijatuhkan pert@hanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali.

Awalnya sepakan penalti yang diambil Shahrel Fikri berjaya diselamatkan penjaga gol Kedah, namun dibatalkan oleh pengadil melakukan kesalahan bergerak keluar dari garisan gol.

Ledakan sepakan kedua penalti yang diambil Kapten Perak, Leandro Dos Santos berjaya menjadikan kedudukan 2-1.

Leandro sekali lagi berjaya menanduk masuk le gawang gol dan sebelum separuh masa tamat memberi sedikit kelegaan pada tuan rumah.

Bersambung aksi babak kedua, menyaksikan kedua-dua pasukan bermain lebih agresif mencari gol.

Pasukan Perak membuat pertukaran pertama pada minit ke-50, Farid Khazali masuk menggantikan Amirul Azhan.

Kedah kembali menyusun rentak dan asakan demi asakan sebelum berjaya membolosi gol ketiga pada minit ke-63 oleh pemain pertahanannya Renan Alves.

Perak kemudiannya mengeluarkan pemain gantian Farid Khazali dengan memasukkan Muhammad Adib Abdul Ra’op.

S3rangan berterusan pelawat akhirnya gagal dikekang benteng tuan rumah sehingga ke penghujung perlawanan sekali gus membawa kemenangan kepada Kedah.

Sumber : HM

Kedah sekaligus mengesahkan tempat ke Piala AFC tahun hadapan.