Skuad Lang Merah Tarik Nafas lega

ALOR SETAR – Pegawai dan pemain Lang Merah mampu menarik nafas lega dan bersemangat apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menjelaskan bayaran gaji bagi bulan Julai selepas tidak menerima sebarang tunggakan gaji sejak lebih lima bulan lalu.

Bagaimanapun bagi tunggakan gaji bagi bulan Mac, April, Mei dan Jun, KFA masih belum menyatakan bila akan diselesaikan dan ia bergantung kepada rundingan bersama pemain-pemainnya.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, pihaknya optimis untuk menyelesaikan semua masalah hutang yang tertunggak pada musim ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, KFA akan berusaha memastikan agar hutang-hutang tersebut tidak diheret ke musim seterusnya kerana akan terus membebankan pengurusan dan juga momentum pasukan dalam saingan Liga Malaysia.

sumber : SH

“Saya memberikan jaminan bahawa semua ini akan selesai pada musim ini juga. Kita takkan keluar dari musim ini dengan bawa hutang dan itu janji saya,” katanya pada sidang akhbar di kediaman Menteri Besar Kedah di Mentaloon, Alor Setar semalam.