Skuad Negara Kena Bedal

Kelmarin, skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) dibawah kendalian Brad Maloney sempat mengadakan perlawnan persahabatan men3ntang pasukan Liga Super, PJ City FC di Padang Persada PLUS, Subang, bagi menguji kemampuan mereka setelah menjalani latihan selama 3 minggu.

Ia adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan, pada bulan Oktober ini. Skuad negara dibelas@h 6-1 dan turut disaksikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Fakrul Iman Naszari menjaringkan gol tunggal untuk Malaysia B-19 yang beraksi tanpa kelibat beberapa pemain utama termasuk penyrang prolifik, Luqman Hakim Shamsudin.

Walaupun keputusan itu dilihat sedikit membimb@ngkan para peminat bola sepak tempatan, namun Maloney menjelaskan ia bukan ukuran sebenar kekuatan anak buahnya kerana perlawnan itu dijadikan medan untuk menguji taktikal baharu serta keserasian antara pemain.

Secara keseluruhan, terdapat banyak perkara positif daripada negat!f. Ada corak permainan yang baik. Sudah tentu, kita perlu perbaiki lagi beberapa aspek.

“Anak buah saya belum bersedia dari segi fizik@l tetapi (keputusan) ini tidak mengejvtkan kerana ini baru perlawnan pertama mereka sejak direhatkan kerana PKP (C0V!D-19).

“Kami harus mengetepikan keputusan kerana itu bukan tujuan utama perlawnan ini. Jangan lupa, ini bukan skuad utama. Kami masih menilai dan menguji beberapa pemain baru,” jelasnya seperti dipetik dalam New Straits Times.

Pada pusingan akhir di Uzbekistan nanti, Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan pada Jumaat, 16 Oktober 2020 diikuti aksi kedua men3ntang Qatar pada Isnin, 19 Oktober 2020 dan seterusnya aksi terakhir kumpulan berdepan Yemen pada Khamis, 22 Oktober 2020. Ketiga-tiga perlawnan dijadual berlangsung di Stadium AGMK, Olmalik

Kumpulan A menampilkan tuan rumah Uzbekistan, Indonesia, Kemboja dan Iran; Kumpulan B dibarisi Republik Korea, Jepun, Iraq dan Bahrain manakala Kumpulan C diisi oleh Arab Saudi, Australia, Vietnam dan Laos.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan (8 pasukan) seterusnya akan layak ke suku akhir yang mana jika Malaysia berjaya muncul juara Kumpulan D, lawan adalah naib juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos) dan jika Malaysia naib juara Kumpulan D, lawan adalah juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos).

Seterusnya, empat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir akan secara automatik layak ke Piala Dunia B-20 2021 di Indonesia. Namun jika Indonesia menjadi salah satu pasukan yang ke separuh akhir, maka satu lagi slot tambahan akan diberikan yang mana ia akan direbvt oleh empat pasukan yang kalah pada suku akhir menerusi perlawnan playoff.