Skuad Negara menerima khabar gembira

H@rimau Malaya menerima khabar gembira hari ini selepas dibenarkan menjalani latihan pusat secara tapak kuarantin atau quarantine based.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, skuad bola sepak kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe kini boleh melakukan persiapan untuk kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

H@rimau Malaya yang bakal bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi (26 Mac) dan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil (31 Mac) akan menjalani latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN) mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Selepas berbincang dengan Presiden FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) tadi, saya lihat mereka boleh gunakan premis MSN sebagai pusat latihan.

‘MSN mempunyai fasiliti dan kemudahan yang memudahkan untuk dilakukan operasi berasaskan ‘quarantine based’ berbanding tempat lain.

“Presiden FAM pun dan bincang dengan KP (Ketua Pengarah) MSN (Datuk Ahmad Shapawi Ismail) dan secara prinsipnya ia pendekatan yang akan digunakan,” kata Reezal dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Reezal, keputusan itu dicapai selepas menyaksikan kemudahan di MSN mampu menempatkan 30 hingga 40 orang termasuk barisan kejurulatihan, pegawai dan pemain yang akan memulakan latihan dalam masa terdekat.

Latihan pusat skuad kebangsaan yang sepatutnya bermula Sabtu lalu dibatalkan selepas Selangor tersenarai antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 13 Januari lalu akibat pandemik C0v!d-19.

Dalam perkembangan lain, Reezal berkata, atlet kebangsaan di bawah Program Podium termasuk para serta pelapis kebangsaan menunjukkan perkembangan positif dalam tempoh PKP.

Mereka kini giat melakukan persiapan untuk kejohanan antarabangsa, terutama kelayakan Sukan Olimpik serta Paralimpik Tokyo.

“Latihan tetap diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah kita berjaya mendapat lampu hijau daripada MKN (Majlis Keselamatan Negara) kerana buat latihan berpusat dengan SOP tersendiri iaitu ‘quarantine based approach’ yang ketat,” kata Reezal.

sumber : UM

Setakat ini hampir 632 atlet, jurulatih dan pegawai 28 jenis sukan terlibat di lima lokasi latihan berpusat iaitu Kompleks MSN Bukit Jalil, Kompleks MSN Taman Keramat, Akademi Badminton Bukit Kiara, Pusat Latihan Kebangsaan Perahu Layar Langkawi dan Velodrom Nilai.