Spekulasi ke Perak, Selangor ini jawapan Aidil

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, mended@hkan bahawa Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sudah menawarkannya k0ntrak lanjutan untuk kekal membimbing skuad Lang Merah itu musim depan meskipun khidmatnya kini sedang diintai beberapa pasukan tempatan dan Indonesia.

Walaupun berdepan pelbagai rint@ngan termasuk masalah tunggakan gaji, pengendali kelahiran Singapura itu masih mampu meletakkan Kedah di tangga kedua Liga Super musim ini.

Dengan kemer0sotan prestasi pasukan seperti Perak dan Selangor, jurulatih berusia 43 tahun itu dican@ng sebagai calon terbaik untuk menjadi pengganti kepada Mehmet Durakovic dan B. Sathianathan bagi saingan musim depan.

Mengulas mengenai masa depannya, Aidil Sharin berkata kepada Nadi Arena: “Alhamdulillah, amat baik untuk mendengar ada pasukan yang berminat dengan kerja saya tetapi sejujurnya, saya masih belum mendapat tawaran daripada kelab seperti Perak dan Selangor.

Apa yang terkini adalah pihak pengurusan Kedah sudah berjumpa saya untuk memanjangkan k0ntrak saya tetapi Perak dan Selangor hanya sekadar khabar angin dan masih belum ada apa-apa.

Sejujurnya saya masih berbincang dengan keluarga saya untuk menentukan sama ada mahu kekal (di Kedah) atau ke pasukan lain.

Buat masa ini, saya hanya fokus kepada perlawnan yang akan datang (menent@ng Pahang, Sabtu ini) kerana tiga perlawnan terakhir ini amat penting untuk kami mengekalkan kedudukan kedua.

Kedah sudah lama tidak berada di kedudukan itu, jadi dalam seminggu dua ini, saya akan mendapatkan jawapannya.

Memang hati saya selalu berada di Kedah tetapi kita perlu melihat faktor yang lebih besar kerana saya seorang jurulatih yang sukakan cab@ran.

sumber : SA

“Memang saya amat rapat dengan pemain Kedah dan itu adalah salah satu faktor kenapa saya masih berada di Kedah walaupun pernah lima bulan tidak dibayar gaji,” katanya.