Sri Pahang masih tagih Khidmat Dollah Salleh

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) masih menagih khidmat Dollah Salleh untuk musim kelimanya sejak kembali bersama pasukan itu pada 2017.

Namun, pengurus Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang, memberi bayangan bahawa PBNP akan mengekalkan bekas pengendali kebangsaan itu bagi menggalas tanggungjawab berbeza dalam saingan Liga Malaysia 2021.

“Kami sebenarnya sedang menilai jurulatih terutama dari luar negara untuk mengepalai barisan kejurulatihan Pahang.

“Kami akan ketahuinya selepas penilaian dibuat dalam masa terdekat.

“Dollah akan kekal di Pahang dan sekiranya berlaku kehadiran jurulatih dari luar negara bersama Sri Pahang kelak, Insya-Allah akan membuahkan perancangan terbaik bagi pasukan,” katanya kepada wakil Astro Arena, Syakirah Zulkifly, dalam Kongres Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kali keempat di Hotel Marriot, hari ini.

Begitupun, Suffian dalam masa yang sama tidak menyangkal bahawa jurulatih dari Jerman, Thomas Dooley, turut di bawah radar Sri Pahang.

Atas faktor enggan terburu-buru, badan induk itu memerlukan lebih masa untuk menilai dengan teliti beberapa calon lagi.

“Ramai yang ingin menjadi jurulatih pasukan Sri Pahang.

sumber : SA

“Seperti yang diketahui umum, beberapa nama besar telah menghantar permohonan masing-masing dan kami sedang menilai.”