Sri pahang mencatat kemenangan, Dollah masih tak puas hati

Dollah Salleh masih belum berpuas hati dengan prestasi Sri Pahang FC biarpun mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kelantan United pada perlawanan persahabatan di Stadium Darul Makmur, semalam.

Pengurus pasukan itu berkata, kemenangan besar itu tidak menggambarkan bahawa pasukan itu berada pada prestasi terbaik kerana masih ada kelemahan yang perlu diatasi.

“Menang 4-0 ke atas Kelantan United tidak boleh dinilai daripada segi pencapaian terbaik kerana perlawanan ini lebih kepada memperkemaskan jentera pasukan.

“Jika dilihat pada prestasi keseluruhan, saya tidak begitu gembira walaupun jentera s3rangan berjaya menghasilkan gol.

“Masih banyak yang perlu dipertingkatkan lagi bukan sahaja di bahagian s3rangan, malah posisi tengah dan pertahanan juga perlu lebih kemas,” katanya.

Pada perlawanan itu, empat gol Sri Pahang, masing-masing satu gol dijaringkan oleh Muhd Nur Izzat Che Awang, Yevhen Bokhashvili, Lee Tuck dan Baqiuddin Shamsudin.

Perlawanan itu lebih kepada memperbaiki kelemahan terutana jentera s3rangan yang tumpul pada lima perlawanan Liga Super lalu.

Kegagalan jentera hadapan itu menyebabkan Sri Pahang gagal beraksi cemerlang apabila sekadar melakar satu kemenangan dan satu seri.

sumber : HM

Dengan sekadar mengutip empat mata, ia meletakkan skuad Tok G@jah di kedudukan ke-11 liga.