Status Renan Da Silva Bersama Kedah Terjawab

PERSOALAN mengenai status pertahanan Kedah, Renan Da Silva Alves yang dikatakan telah meninggalkan skuad hijau kuning akhirnya terjawab apabila ia disahkan oleh seorang pegawai kanan skuad tersebut.

Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata, pelbagai sp3kulasi mengenai Renan Alves diperkatakan, namun hakikatnya pemain tersebut masih bersama Kedah.

Jelasnya, Renan Alves masih tersenarai sebagai pemain yang akan memulakan misi Kedah bagi saingan Liga Malaysia 2021 setakat ini.

“Sp3kulasi mengenai Renan Alves itu tidak benar kerana pihak pengeurusan masih menunggu Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak yang kini baru selesai bercuti.

Adil Sharin sendiri akan menentukan sama ada dia memerlukan khidmat Renan Alves atau tidak dan pihak pengurusan akan berbincang mengenainya selepas itu.

“Setakat ini, Renan Alves masih kekal sebagai pemain pertahanan kita dan tiada sebarang keputusan dibuat oleh pihak pengurusan sehingga Adil Sharin kembali,” katanya ketika ditemui mStar.

Selain itu, pegawai tersebut memberitahu, Kedah Darul Aman FC mungkin akan mendapatkan khidmat seorang pemain dari Singapura bagi menggantikan Shakir Hamzah yang tidak lagi bersama skuad hijau kuning bagi musim depan.

Bagaimanapun menurutnya, proses bagi mendapatkan pemain itu masih di tahap perbincangan dan tiada keputusan dibuat setakat ini.

Kita akan tunggu ketua jurulatih untuk menilai dan melihat keperluan skuad untuk tahun depan.

“Apa-apa keputusan akan dibuat selepas pihak pengurusan berbincang dengan Aidil Sharin yang akan bersama pasukan dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Kata pegawai berkenaan, Kedah akan mengharungi liga musim depan dengan perbelanjaan yang berhemah disamping terus memberi peluang kepada pemain muda mempamerkan kemampuan masing-masing.