Suarakan sokongan padu

Bekas Pemain H@rimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat, Shahrul Saad dan Nazirul Naim Che Hashim menyuarakan sokongan padu atas kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) membentuk Skuad Projek FAM-MSN.

Skuad Projek FAM-MSN yang diumumkan secara rasmi semalam, merupakan usaha mencipta laluan kerjaya produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam membantu barisan pemain muda negara mengharungi transisi ke pentas senior dan profesional.

Pemain yang terpilih akan menjalani latihan pusat rasmi di MSN, diberi elaun, tempat penginapan dan makanan, sokongan perubatan, pendedahan
pertandingan dalam negara, pendedahan antarabangsa serta peluang
melanjutkan pelajaran di universiti terpilih.

Bagi pandangan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek, skuad yang dibawah kendalian Yusri Che Lah ini adalah proaktif di mana jika dibandingkan dulu.