Sudah dua Hari berlalu namum masih ada isu P@nas

Walaupun sudah 2 hari perlawanan diantara JDT II bertemu Selangor  II berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, namun masih ada isu p@nas yang berlegar-legar terutamanya berkenaan pengendali Selangor II di media sosial.

Memetik kemaskini yang dimuat naik oleh Scott Ollerenshaw dilaman Facebook peribadinya, lag3nda pasukan Sabah itu menyifatkan bahawa tiada sebab untuk Michael Feichtenbeiner berasa terlalu bangga dengan keputusan seri berdepan JDT II kerana menurunkan ramai pemain senior.

“Ini adalah ‘sign of insecurity‘ dipihak beliau sebagai seorang jurulatih pembangunan dimana menghasilkan pemain untuk pasukan utama adalah lebih penting berbanding menang atau seri dalam perlawanan.”

“Pemain-pemain senior JDT itu diberikan ruang untuk beraksi bagi mempertingkatkan lagi ‘match fitness‘ dan bersedia untuk pasukan utama jika diperlukan. Keputusan untuk JDT II adalah perkara ke-2.”

Selain itu, Scott Ollerenshaw juga menyatakan bahawa sesetengah dari pemain-pemain ini beraksi untuk pasukan Malaysia dan dengan memiliki ‘match fitness‘ akan memberikan kelebihan untuk pasukan kebangsaan.

Mereka mungkin boleh mendapat masa bermain di pasukan lain dalam saingan Liga Super Malaysia, tetapi pasukan JDT berada pada tahap yang lebih tinggi dan dengan berada dalam skuad JDT, bersaing untuk mendapatkan tempat dengan fasiliti latihan terbaik akan push pemain lebih jauh.

Dalam sidang media sejurus selepas perlawanan tamat diantara JDT II bertemu Selangor II tempoh hari, Michael Feichtenbeiner memberikan komen beliau kepada pihak media seperti dibawah.

“Saya rasa dapat menyaksikan satu perlawanan yang bagus, satu perlawanan yang sengit dari kedua-dua pasukan.”

“Dan saya rasa ini adalah satu perlawanan yang terbaik dari sudut intensity, tapi ia jelas untuk kami apabila melihat barisan pemain yang diturunkan oleh JDT II, ini adalah barisan pemain untuk perlawanan Liga Super berbanding saingan Liga Premier.”

“Banyak pemain-pemain berpengalaman termasuk bekas dan pemain semasa skuad kebangsaan Malaysia dan ini adalah satu cabaran yang besar untuk pemain muda kami. Mereka (Selangor FC II) beraksi dengan baik.”

“Saya beritahu kepada pemain saya bahawa mereka telah bermain dengan baik. Ini adalah pembangunan yang kami lakukan atau pemain remaja kami menggunakan Selangor FC II sebagai platform untuk pemain remaja kami berkembang, mendapat pengalaman dan perlawanan malam ini akan membantu mereka membuka langkah seterusnya.”
Tiada Pemain Boleh Berada Dalam Comfort Zone Di JDT
Menurut Scott Ollerenshaw lagi, tiada pemain boleh berada dalam ‘comfort zone’ dikelab besar seperti JDT.

One bad game, you are replaced.

JDT lebih cenderung kepada skuad simpanan dan method yang mereka gunakan sudah ‘menjadi’ kepada pasukan utama, dengan menghasilkan pemain seperti Ramadhan dan Arif Aiman.

Saya rasa semua orang akan bersetuju bahawa JDT adalah kelab terbaik di Malaysia dan formula mereka telah terbukti didalam dan diluar padang.

They are even among the best in the region.

Selangor II pula mengambil pendekatan yang berbeza tetapi hasilnya masih kabur dan jurulatih sendiri masih belum membuktikan dirinya sendiri membangunkan pemain-pemain tetapi mereka bercakap seperti tahu segalanya.

“Merendah diri dan bercakap hanya bila anda telah membuktikan diri dan membangunkan pemain untuk Selangor dan skuad kebangsaan.”

“Benchmark sebenar untuk Selangor II adalah apabila mereka berjaya menghasilkan pemain untuk skuad utama yang mampu memberikan cabaran kepada JDT dalam aksi Liga Super serta menjulang kejuaraan.”

“Bukan sekadar compete dalam satu perlawanan, mereka perlu lebih konsisten dan mencabar sepanjang musim”