Sudah lama diperhatikan, satu petanda positif buat JDT

Aksi matang yang diperagakan bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi jelas memukau perhatian pengendali MAlaysia, Tan Cheng Hoe untuk diserapkan ke dalam pasukan negara selepas ini.

Jelas Cheng Hoe, beliau sudah lama memerhatikan perkembangan Arif yang diakuinya mempunyai potensi dan masa depan yang cukup cerah.

Katanya, jika pemain berusia 18 tahun itu terus menunjukkan peningkatan, tidak mustahil beliau akan memanggil Arif pada kem latihan pusat Jun ini di mana skuad kebangsaan dijadual mengharungi tiga aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) nanti.

Untuk rekod, Malaysia akan menghabiskan baki aksi Kumpulan G dengan men3ntang UAE, Vietnam dan Thailand dengan sasaran untuk mengungguli dua posisi teratas sekali gus mengesahkan tiket ke Piala Asia di China pada 2023 dan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Arif tunjukkan dia antara pemain muda yang sedang meningkat naik dan kita dapat lihat dia semakin matang di dalam padang.

“Itu satu petanda positif buat dirinya dan juga pasukan JDT serta negara. Saya dah lama tengok dia ketika dia dengan pasukan bawah 19 (B-19) tahun lagi, dia tunjukkan tahap permainan yang baik.

“Latihan pusat yang akan mula minggu depan (esok) saya tak dapat senaraikan dia lagi, tapi kalau dia terus konsisten mungkin kita akan panggilnya pada Jun nanti,” katanya kepada Arena Metro.

Skuad negara yang sudah setahun tidak menjalani latihan mahupun menghadapi aksi peringkat antarabangsa, dijadual berlatih mulai esok dengan 28 pemain muda dan senior disenaraikan.

sumber : HM

Kali terakhir Malaysia berlatih adalah pada November 2019 apabila mengharungi dua aksi Kumpulan G, di mana anak didik Cheng Hoe berjaya melakar dua kemenangan ke atas Thailand dengan jaringan 2-1, dan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.