Sukar diramal bila dominasi JDT akan berakhir

Penganalisis bola sepak, Serbegeth Singh yakin trofi Liga Super akan terus kekal di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) buat musim ketujuh berturut-turut berdasarkan prestasi cemerlang dipamerkan skuad itu ketika ini.

Malah, beliau yang juga bekas pemain kebangsaan turut menegaskan tidak mustahil untuk skuad H@rimau Selatan mencipta rekod memp3rtahankan kejuaraan Liga Super dalam satu dekad.

Katanya, ketika ini beliau tidak nampak mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang mempunyai kemampuan besar untuk menyekat dominasi JDT terutama dalam saingan Liga Super.

“Memang sukar diramal bila dominasi JDT akan berakhir. Bagi JDT, yang jadi cabaran sekarang adalah mereka sendiri dan bukannya dari pasukan lain.

“Bermakna cabaran mereka untuk memperbaiki rekod atau membina sejarah sendiri dan tak mustahil JDT boleh menang liga untuk 10 tahun berturut-turut.

“Pasukan lain kalau ada pun mungkin dapat Piala Malaysia atau Piala FA, tapi untuk dominasi macam JDT tak nampak pasukan lain yang sudah mempunyai struktur bola sepak terbaik,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

JDT kini memimpin liga dengan enam mata di depan pasukan tangga kedua, Terengganu FC (TFC) dan tidak mustahil anak buah Benjamin Mora akan terus menjulang piala liga musim ini dengan perlawanan hanya berbaki lima aksi.

Ditanya adakah dominasi JDT akan menjadikan Liga M membosankan, Serbegeth atau lebih dikenali sebagai Shebby menjelaskan ia sudah menjadi satu kebiasaan dalam liga bola sepak di seluruh dunia.

“Inilah normal dalam bola sepak dunia, kita tengok Bayern Munich, Juventus dan PSG. Kalau ada persaingan mungkin di Sepanyol tapi itu pun hanya Barcelona dan Real Madrid, namun di England mungkin ada persaingan lebih terbuka.

“Jadi pasukan lain mesti ada satu per@ncangan, kekalkan pemain dan jurulatih terbaik. Jangan bagi pasukan lain curi, mungkin ada peluang (untuk cabar JDT).

sumber : BH

“Kalau kita tak boleh kekalkan pemain bagi jangka masa panjang, memang susah kita nak bina pasukan yang kuat dan inilah keadaan bola sepak moden,” katanya.