Sumareh diberi pelepasan

Pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh diberi pelepasan daripada menyertai kem latihan pusat skuad Malaysia berikutan kec3deraan yang dialaminya pada Ahad lalu.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe berkata pemain berusia 26 tahun itu juga memilih untuk menjalani rawatan bersama kelabnya Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kita pun tahu JDT mempunyai peralatan dan fasiliti terbaik untuk memulihkan kecederaannya, sebab itu kita lepaskannya. Kita berharap beliau pulih 100 peratus untuk kem latihan pusat seterusnya (pada Mei),” katanya ketika ditanya mengenai status pemain itu pada sidang media skuad Malaysia secara maya, hari ini.

Pemain kelahiran Gambia itu yang tidak menyertai latihan skuad kebangsaan selepas mengalami keced3raan hamstring, ketika penampilan pertama bersama skuad JDT dalam aksi Liga Super men3ntang Perak FC di Ipoh, mencetuskan persoalan apabila dilihat menjalani latihan bersama JDT.

Kem latihan pusat selama sembilan hari bermula Isnin lalu di Johor Bahru adalah bagi mempersiapkan skuad Malaysia menghadapi baki saingan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sementara itu, Cheng Hoe lega apabila pemain di bahagian s3rangan seperti Guilherme de Paula, Norshahrul Idlan Talaha, Muhammad Syafiq Ahmad, Luqman Hakim Shamsudin dan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi menunjukkan persaingan sihat bagi merebut posisi berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa Muhammad Syafiq, yang kehilangan anaknya Muhammad Aisy Saqeef, berusia 22 hari dan ibu mentuanya dalam kem@langan ng3ri pada Disember lalu, tampil dengan minda positif.

“Saya rasa beliau begitu positif, datang dengan minda yang baik dan dilihat ceria bersama-sama dengan rakan sepasukan. Kita sentiasa memberi nasihat dan memantau prestasinya untuk kekal bersama pasukan,” katanya.

Skuad Malaysia dijadual bertemu UAE pada 3 Jun sebelum men3ntang Vietnam (11 Jun) dan melengkapkan kempen kelayakan berdepan Thailand pada 15 Jun.