Sumareh disifatkan antara pemain import termurah – Siamsport

Media sukan Thailand telah membuat pend3dahan mengenai gaji yang diterima oleh pemain natural!sasi negara, Mohamadou Sumareh bersama Police Tero FC.

Siamsport melaporkan Sumareh menerima gaji sekitar ฿275 Ribu atau sekitar RM36 Ribu sebulan, yang mana disifatkan antara termurah bagi pemain import dalam saingan Thai League

Selain itu, Police dianggap bertuah dimana mereka berjaya menandatangani pemain sayap berkualiti seperti Sumareh dan membayar gaji yang tidak terlalu tinggi untuk pemain tersebut.

Sumareh menyertai Police Tero pada Ogos lalu dimana bekas pemain Pahang ini menandatangani kontrak sehingga penghujung musim 2020.

Selain Sumareh, Malaysia mempunyai dua lagi wakil dalam saingan Thai League 1 musim ini dimana Dominic Tan beraksi bersama Police Tero manakala Norshahrul Idlan Talaha beraksi bersama BG Pathum United.