Sukan

Sumareh ke JDT? mungkin ada Kebenarannya

Sp3kulasi bahawa Police Tero FC sekadar tempat persinggahan Mohamadou Sumareh mungkin ada kebenarannya selepas pemain naturalisasi negara itu tidak lagi bersama kelab Thailand tersebut tiga bulan menyertai mereka.

Menurut portal Goal.com Thailand, pemain sayap berusia 26 tahun itu sah ‘bercerai’ dengan Police Tero selepas menyertai kelab tersebut secara kontroversi dari Pahang pada September lalu.

Sumareh tidak akan bersama Police Tero selepas tidak ditawarkan kontrak lanjutan.

Bintang Gambia itu dilaporkan sedang melakukan persiapan untuk kembali ke Malaysia.

“Bersama Police Tero, Sumareh cuma diturunkan dalam kesebelasan utama untuk satu perlawanan. Secara keseluruhan, dia beraksi selama 111 minit tanpa sebarang gol,” tulis Goal.com Thailand.

Menurut portal itu, sepanjang bersama Police Tero, Sumareh sering berdepan isu kec3deraan dan beraksi dalam keadaan kurang baik.

Persoalan kini terarah mengenai ke mana hala tuju Sumareh ketika Liga Malaysia (Liga M) 2021 akan bermula Februari depan.

Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin menjadi destinasi pemain itu berdasarkan bayangan yang diberikan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rancangan BOLA@MAMAK bersama sebuah stesen televisyen swasta, dua minggu lalu.

Kata Tunku Ismail, beliau akan berbincang dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah jika Sumareh mahu kembali ke Liga M dan menyertai skuad JDT.

Jika Sumareh nak balik saya kena berbual dengan Pahang dulu. Saya pun tadi sudah tanya Tengku Muda Pahang (Tengku Abdul Rahman).

Kalau dia bersetuju saya akan teruskan. Jika dia tak setuju saya tak buat apa-apa. Saya minta hormat, minta restu dari dia kalau boleh atau tidak.

“Jadi (bahagian) sayap kanan kemungkinan besar boleh jadi Safawi Rasid, Sumareh, Arif Aiman dan bahagian kiri adalah Akhyar Rashid, Gonzalo Cabrera dan Ramadhan Saifullah,” katanya