Sumareh Tak Gentleman

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Suffian Awang menasihatkan mana-mana pemain yang mahu keluar daripada pasukan itu, tidak mencontohi cara Mohamadou Sumareh.

Pemain sayap naturalisasi itu dilaporkan sudah lebih sebulan tidak datang latihan dan sehingga ke perlawnan men3ntang Johor Darul Takzim dalam aksi pertama Liga Super selepas lima bulan pada Jumaat (28 Ogos), keberadaannya tidak diketahui.

Sejujurnya saya terk!lan, Pahang adalah pasukan yang naikkan nama dia dan hadiahkan dia kerakyatan. Kalau dia nak keluar, kita tidak hal@ng tetapi bukan cara macam ini.

Tidak kisahlah apa alasan mahu diberi, sudah tawar hati dengan Pahang ke, ada tawaran pasukan lain ke, atau ada tak puas hati apa-apa ke, sebagai pemain, boleh berhubung dengan jurulatih atau pengurus. Atau datangla jumpa pengurusan, berbincang secara gentleman dan cara profesi0nal.

Betul dia boleh protes jika ada tak puas hati, tapi pemain itu perlu sedar dia masih berkontrak dengan pasukan, ketidakhadiran di latihan, hil@ng tanpa berita akan mengundang tindakan dis!plin.

Ini menunjukkan ketidakmatangan, dan bukan contoh yang baik dan saya nasihatkan tiada pemain Pahang lain ikut cara ini kalau nak keluar.

Orang berbudi kita berbahasa, jadi Sumareh janganlah sehingga disifatkan tidak kenang budi.

“Sejujurnya semua kecewa dengan tindakan dia dan apa yang pasti dia akan berdepan tindakan daripada pengurusan tertinggi persatuan tapi biarlah mereka yang putuskan apa bentuk hukvman,” kata Suffian.

Beliau ditemui Labola Malaya ketika hadir di Kongres Tahunan FAM Ke-56 di PJ Hilton pada Sabtu.

Sebagai rekod, Pahang pada Jumaat tewas 2-3 kepada JDT di Stadium Darulmakmur.

Jaringan sepakan percuma oleh Leandro Velazquez, Ramadhan Saifullah dan penalti Gonzalo Cabrera meletakkan JDT selesa 3-0 di depan sebelum Pahang bangkit menjaringkan dua gol menerusi Faisal Halim dan Herold Goulon.

Sumber : Labolamalaya

Hanya Sumareh nama berprofil tinggi yang hilang dari matchday squad tatkala pemain-pemain lain yang dikatakan mengalami k3ceder@an kesemuanya diturunkan termasuklah Muslim Ahmad, Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos.