Sumbangan besar buat skuad ‘Peteh Ganu Peteh’

PEMAIN import baharu Terengganu FC (TFC), Makan Konate mengakui sangat teruja untuk membantu pasukannya itu menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perancang tengah kelahiran Mali itu percaya gandingannya bersama seorang lagi pemain import, David da Silva mampu memberi sumbangan besar buat skuad ‘Peteh Ganu Peteh’ itu.

Justeru, pasukan Liga Super yang lain wajar gerun dengan kehadiran dua pemain itu kerana memiliki rekod cukup baik bersama pasukan terdahulu.

Kata Konate, dia gembira kerana diberikan peluang untuk menyarung jersi TFC lebih-lebih lagi sudah biasa dengan suasana di negeri itu kerana pernah bermain bersama T-Team pada 2016 hingga 2017.

“Saya sangat gembira me­nyertai TFC kerana sudah biasa dengan keadaan di sini ketika bersama T-Team. Walaupun jadi pemain import terakhir dibawa masuk, saya berterima kasih kepada pihak pengurusan.

“Saya pernah bermain de­ngan Da Silva sebelum ini dan dia adalah peny3rang yang sangat berkualiti. Saya juga pernah bermain menentangnya pada Liga Indonesia,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Sebagai rekod, Konate boleh dianggap antara pemain ­tengah yang memiliki penyudah tajam apabila menjaringkan 29 gol dalam 51 perlawanan ketika bersama Arema pada musim 2018/19.

Sementara itu, Da Silva dijangka mampu menjadi mimpi ngeri buat benteng pertahanan pasukan Liga Super apabila merekodkan 15 gol dalam 19 perlawanan bersama Persebaya Surabaya musim lalu.

sumber: Konline

Konate menegaskan, pemain-pemain lain juga bakal memainkan peranan penting bagi membantu skuad kendalian Mohd. Nafuzi Zain melakar keputusan terbaik musim ini.