Suntikan Semangat, skuad Tok G@jah tamatkan badi Kekalahan

KEJAYAAN Pahang menamatkan badi kekalahan dengan men3waskan PDRM FA 2-1 kelmarin memberi suntikan semangat buat pasukan yang bergelut de­ngan prestasi pada saingan Liga Super ketika ini.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh percaya barisan pemain mula menunjukkan karakter dan mentaliti sebenar ketika men3waskan pasukan tercorot Liga Super itu tanpa beberapa pemain utama yang cedera.

“Saya rasa pemain menunjukkan aksi cemerlang untuk pastikan pasukan berada di landasan kemenangan sekali gus menyuntik semangat mereka.

“Mood pemain juga nampak ceria selepas pasukan dibelenggu dengan beberapa isu di luar padang yang sedikit sebanyak menjejaskan moral pasukan,” katanya semalam.

Pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu, Pahang meraih kemenangan hasil jari­ngan Ivan Carlos dan Faisal Halim manakala PDRM mendapat gol menerusi Amir Saiful Badeli.

sumber : Konline

Dollah turut resah apabila dua pemain importnya, Harold Goulon dan Carlos terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kece­deraan di bahagian pangkal paha.