Tak Mahu Tukar Kerakyatan

Striker skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh yang baru berhijrah ke Liga Thailand menegaskan beliau masih akan mewakili skuad Malaysia walaupun bermain di liga luar negara ketika ini.

Pemain berusia 26 tahun tersebut berkata, beliau akan pulang menyertai skuad apabila khidmatnya dipanggil oleh jurulatih selepas melengkapkan perpindahannya ke Police Tero FC pada 7 September yang lalu, Beliau bakal beraksi bersama pertahanan muda Malaysia, Dominic Tan yang sebelun ini menandatangani kontrak bersama skuad Liga Thai tersebut

Saya akan mewakili skuad kebangsaan sekiranya dipanggil oleh jurulatih. Soal sama ada mahu kembali bermain di Liga M pada masa akan datang, saya masih tidak fikirkan mengenai perkara tersebut lagi. Sekarang saya mahu menumpukan perhatian saya di sini dahulu bersama Police Tero. Katanya.

Sebelum ini, sumareh mencipta kontrav3rsi apabila membatalkan kontraknya bersama skuad Pahang FA sebelum tededahnya berita mengenai kontrak perpindahannya ke pasukan Selangor melalui story instagram milik Tengku Mahkota Johor (TMJ).