Tangkis khabar angin dapatkan sentuhan B.Sathianathan

Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman, pantas menangkis khabar angin pasukan Pantai Timur itu berminat mendapatkan sentuhan B. Sathianathan. 

Sebulan selepas berpisah dengan Selangor, bekas jurulatih kebangsaan itu dikaitkan untuk memikul misi kembali menjulang The Red Warriors.

“Kalau saya nak buat sesuatu benda, saya tidak perlukan orang-orang yang hebat.

“Saya perlukan orang yang boleh bekerja dengan saya, itu sudah cukup.

“Bekerja dengan orang-orang yang sesuai untuk membawa budaya yang saya hendak terapkan.

“Adakah Sathianathan sesuai dengan saya. Kalau tidak, dia pasti tidak (bertahan) lama,” katanya ketika dihubungi wartawan Astro Arena.

sumber : SA

Nasib bekas juara ‘treble’ 2012 itu berubah yang menyaksikan Yusri Che Lah membimbing mereka untuk menamatkan kempen Liga Perdana musim ini di tangga keempat apabila hanya tewas sekali dalam lima perlawanan terakhir.