Teka-teki Presiden (KFA) dijangka diketahui esok

Teka- teki sama ada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kekal atau tidak sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dijangka diketahui esok.

Muhammad Sanusi berkata, beliau bersedia membuat pengumuman berhubung keputusannya selepas menyerahkan surat peletakan jawatan Presiden KFA yang berkuatkuasa pada 15 Oktober lalu.

Saya akan umum kedudukan esok, katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai status terkini beliau berhubung kedudukan beliau sebagai Presiden KFA.

Beliau ditemui pemberita selepas serahan bantuan kepada 485 keluarga warden Penjara Pokok Sena di Pejabat Daerah Pokok Sena di sini hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi sedia mempertimbangkan rayuan untuk kekal memegang jawatan selepas peletakan jawatan ditolak KFA, namun belum membuat keputusan muktamad.

sumber : SH

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada 1 Oktober lalu, Muhammad Sanusi meluahkan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan urusan pengendalian sukan kepada pihak yang lebih layak untuk memajukan bola sepak di Kedah.