Terengganu FC (TFC) tetap waspada taktikal Perak FC

Meskipun bermula dengan langkah kanan susulan kemenangan dalam dua aksi berturut-turut, Terengganu FC (TFC) tetap waspada taktikal Perak FC apabila dua pasukan itu berentap dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam esok.

Ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain mengakui pertemuan dengan skuad The Bos Gaurus itu adalah aksi sukar berdasarkan reputasi pasukan lawan yang merakam kemenangan bergaya ke atas Pahang di laman lawannya itu sebelum ini.

Katanya, setiap pasukan sudah pastinya berbeza strategi lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan biarpun tanpa penonton.

“Skuad kendalian Chong Yee Fatt kini dibarisi import berkualiti, di tambah pula dengan peny3rang naturalisasi terbaharu, Guilherme De Paula. Namun kami enggan terjerat dengan taktikal skuad itu, sebaliknya mahu semua pemain kekal optimis,” katanya.

Mengulas lanjut, Nafuzi yakin anak buahnya mampu mamperagakan semangat melawan yang kental seperti ketika aksi bertemu UITM FC dan Selangor FC sebelum ini.

Katanya, strategi yang dibawa ke Stadium Perak diharapkan menjadi untuk mengutip mata bagi terus mengukuhkan kedudukan dalam carta Liga Super selepas berjaya berada di tempat kedua di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Setiap perlawanan pastinya berbeza. Begitu juga pertemuan dengan Perak FC nanti yang saya jangkakan aksi sukar buat anak buah berdasarkan rekod pasukan itu musim ini yang juga bermula cemerlang,” katanya.

Dalam perlawanan itu nanti, Nafuzi dijangka mengekalkan barisan sama ketika menumpaskan The Red Giants 3-1 minggu lalu, jika dua ay@m tambatannya, Christopher Herd dan penyerang kelahiran, Brazil David Da Silva belum pulih sepenuhnya daripada kec3deraan ringan.

sumber : BH

Peny3rang Terengganu FC II (TFC II), Jordan Mintah mungkin sekali lagi memikul tugas sebagai pengg3mpur manakala arkitek skuad ‘adik’ itu, Dechi Marcel bakal bergandingan dengan Makan Konate merancang gerakan untuk memburu gol.