Sukan

Terfikir sebelum selamatkan Penalti

Penjaga gol Selangor FC, Khairulazhan Mohd Khalid menganggap sukar melupakan detik berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, semalam yang menyaksikan perlawanan berkesudahan 1-1.

Malah, dia mengakui memikirkan bahawa pasukannya sudah berdepan detik kekalahan sebaik tuan rumah mendapat sepakan penalti kedua pada minit ke-79.

Bagaimanapun, bekas pemain Pahang itu menganggap bertuah apabila berjaya meny3lamatkan sepakan yang diambil peny3rang import JDT, Bergson Da Silva.

Penalti yang diraih JDT itu lagi 10 minit nak habis (perlawanan) dan dalam kepala saya, fikir kami boleh kalah tetapi saya tetap menanam keyakinan yang apa-apa boleh berlaku dalam situasi sepakan penalti.

Ternyata mungkin hari ini rezeki atau tuah saya apabila berjaya meny3lamatkan sepakan itu dan diharapkan apa yang kami capai di Johor, akan memberikan satu impak positif serta keyakinan terhadap pasukan kami untuk beri saingan pada Liga Super.

Bukan saya sahaja tetapi semua pemain dalam kesebelasan utama bermain mat!-mat!an dan bagi yang terbaik kerana semua orang tahu JDT adalah pasukan yang terbaik.

“Satu mata yang dibawa dari sana sudah cukup baik dan pemain sudah memberikan segalanya, sekarang fokus kami untuk berhadapan dengan Penang pada perlawanan hujung minggu ini,” katanya.

Aksi Khairulazhan mendapat perhatian peminat apabila beraksi cemerlang di gawang Selangor serta menjadi kunci utama di sebalik keputusan seri 1-1 dengan JDT.

sumber : BH

Selain meny3lamatkan satu sepakan penalti yang diambil Bergson, Khairulazhan juga menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dimiliki tuan rumah seperti sepakan percuma yang diambil Leandro Velazquez pada penghujung permainan.