Terima hakikat tidak lagi bersama Skuad Tok Gajah

Selepas lima musim bersama Pahang, akhirnya pemain lincah Mohd Faisal Abdul Halim mengucapkan selamat tinggal apabila kontraknya bersama skuad Pahang tidak sambung musim depan.

Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, sebagai pemain professional dia perlu menerima hakikat bahawa tidak selamanya dapat bermain dengan pasukan Pahang dengan kontrak lima musim berakhir musim ini.

Katanya, lima musim bersama skuad Pahang yang dibimbing jurulatih Dollah Salleh terlalu banyak pengalaman dapat dikumpul sebagai bekalan mengharungi cabaran di pentas bola sepak tempatan selepas ini.

Saya seronok bersama Pahang selama lima musim, pahit dan manis beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) banyak dapat dikumpul hingga akhirnya berpeluang terpilih membawa cabaran pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Pengurusan Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) sentiasa menjaga kebajikan pemain, saya berbangga dapat menabur bakti dengan Pahang,katanya yang sedang meneliti tawaran beberapa pasukan baharu untuk saingan musim depan.

Dia yang terkenal dengan panggilan Mickey berkata, menyarung jersi Pahang menjadi kebanggaan walaupun tidak mampu memberi banyak kejayaan kepada pasukan, kepercayaan jurulatih untuk beraksi merupakan suatu penghargaan amat bererti dan membanggakan.

Beliau menambah, perasaan s3dih untuk meninggalkan Pahang begitu menebal dalam diri, namun apakan daya jodoh bersama Pahang berakhir musim ini walaupun berat hati untuk menerimanya.

Lima musim bersama Pahang saya seronok bergandingan dengan barisan pemain import bertaraf bintang seperti Mohamadou Sumareh, Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon.

Pengalaman bersama mereka amat berharga untuk dibawa bersama pasukan baharu musim depan.

sumber : HM

Saya seronok bersama Pahang dan saya doakan semoga Pahang meniti kejayaan selepas ini, katanya.