Terima Kasih Dollah

Nik Sharif Haseefy Lazim juga berpeluang meneruskan legasi mentornya, Dollah Salleh, yang merupakan  ikon Selangor.

Pemain di bahagian s3rangan berumur 23 tahun itu menegaskan bekas ketua jurulatihnya di Pahang tersebut memainkan peranan penting dalam menyerlahkan potensinya.

“Saya berterima kasih kepada Dollah. Disebabkan beliau, saya berpeluang menyerlah bakat yang terpendam.

“Kalau berkesempatan, saya akan berikan yang terbaik (untuk mengikuti jejak langkahnya),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani.

Dua tahun bersama Tok Gajah, Nik Sharif Haseefy membuat 10 penampilan dengan menghasilkan tiga jaringan dan kelincahannya semakin mencuri perhatian di pentas Piala Malaysia lalu.

“Saya memang mahu kekal tetapi disebabkan satu-dua faktor, ia membuatkan saya berhijrah.

“Sejujurnya, saya mengidamkan untuk bermain di luar negara. Saya akan sertai mana-mana pasukan yang berikan tawaran terbaik.

sumber : SA

“Semua pemain Malaysia adalah bagus tetapi kalau tidak cuba, saya tidak tahu sama ada gagal atau tidak,” katanya.