Terkejut, sudah mel3dak 6 gol

“Enam gol? Saya tidak tahu!”

Itu reaksi diberikan peny3rang Terengganu FC (TFC), Dominique da Sylva yang seakan terkejut apabila dimaklumkan dia kini sudah mel3dak enam gol dalam empat perlawanan Liga Super setakat ini.

Dengan empat gol direkodkan sebelum saingan ditangguhkan pertengahan Mac lalu, peny3rang dari Mauritania itu membuktikan rehat lima bulan tidak membuatkan dia ‘berkarat’ apabila mel3dak dua gol untuk membantu TFC menewaskan PJ City FC 2-0, Sabtu lalu.

“Enam gol? Maaf saya tidak tahu. Saya cuma bermain untuk membantu pasukan dan melakukan yang terbaik bagi membalas kepercayaan yang diberikan jurulatih kepada saya.

“Tidak mudah untuk kembali beraksi selepas berehat panjang tetapi kami sentiasa bekerja keras untuk memberikan sebaik mungkin. Apa yang lebih penting pasukan dapat meraih kemenangan.

“Saya gembira untuk kembali beraksi dan dapat menjaringkan dua gol. Sebagai peny3rang, anda boleh tidur lena apabila menang dan jika kalah, saya tidak boleh tidur. Ini adalah hasil usaha seluruh pasukan kerana kalau secara berseorangan, saya tidak mampu melakukannya,” katanya.

Dalam masa sama, peny3rang berusia 31 tahun itu merindui sorakan penyokong skuad Penyu yang lama dinantikan namun ketiadaan penyokong susulan prosedur operasi standard (SOP) kerana COVID-19 bukan alasan untuk pemain beraksi tanpa semangat.

“Penyokong memberikan kita semangat untuk beraksi dan kalau kita tertidur, sorakan mereka akan membangunkan kita. Buat masa ini, atmosfera itu tiada atas faktor keselamatan.

“Tetapi kami tahu mereka sentiasa berada di dalam hati kami dan bersama kami ketika di atas padang. Mereka menyaksikan perlawanan kami dengan cara berbeza jadi sebab itulah kami perlu sentiasa memberikan yang terbaik demi mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *