Terkini, Liga-M ditunda

MFL membuat keputusan untuk meminda tarikh mula Liga Malaysia iaitu pada 28 Ogos 2020.

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Ke-22, selepas mengambil kira pelbagai faktor susulan penundaan tarikh pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Katanya, pindaan tarikh sepak mula itu sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pasukan bertanding yang hanya akan bermain di hujung
minggu dan memiliki tempoh rehat serta persiapan lebih lama.

“Perancangan kalendar baharu telah mengambil kira perkara –perkara seperti penundaan tarikh Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, tarikh baharu Asian Champions League (ACL) yang bermula 17 Oktober sehingga 4 November depan melibatkan pasukan Johor Darul Tazim dan penundaan kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 berdasarkan kenyataan rasmi AFF bertarikh pada 30 Julai 2020.

Dalam masa yang sama, MFL optimis bahawa pindaan tarikh ini akan menyaksikan setiap pasukan akan mempunyai tempoh rehat dan perjalanan yang lebih panjang lebih fleksibel di antara empat sehingga enam hari.

Apa yang pasti, susulan daripada penundaan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, MFL juga memiliki tarikh-tarikh simpanan di antara 10 hingga 29 November 2020 sekiranya isu C0V!D-19 masih berlanjutan dalam negara kita.

“Perlawnan Liga Malaysia musim 2020 tetap dilaksanakan seperti yang dirancang untuk menentukan pemenang liga secara rasmi bagi kelayakan AFC, ACL dan AFC Cup 2020,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Terdahulu, MFL sebelum ini mengumumkan bahawa Liga Malaysia kembali bersambung pada 26 Ogos 2020 selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu disebabkan pandem!k C0V!D19.

Bagaimanapun, aksi perlawnan tertunda iaitu aksi CIMB Liga Super yang menemukan PJ City FC men3ntang Terengganu FC serta perlawnan Liga Premier UKM FC bertemu Kelantan kekal seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada 22 Ogos 2020.

Pada masa sama, terdapat perubahan tarikh Piala Malaysia turut berlaku disebabkan pindaan kalendar baharu Liga Malaysia.

Piala Malaysia akan membuka tirai bermula pusingan 16 pasukan pada 16 sehingga 18 Oktober 2020 disusuli aksi suku akhir (24 dan 25 Oktober 2020), separuh akhir (30 dan 31 Oktober 2020) dan perlawnan akhir pada 7 November 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *