Sukan

Terpaksa tolak dua tawaran pasukan liga super

Penyrang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha mendedahkan bahawa B.Sathianathan adalah punca dia memilih untuk menyertai kelab Liga Premier, Sarawak United, meskipun telah mendapat tawaran daripada dua pasukan Liga Super.Norshahrul Idlan diketahui merupakan nomad bolasepak di mana dia telah ber@ksi dengan beberapa pasukan Liga Malaysia termasuklah Negeri Sembilan, Kelantan, Johor Darul Takzim, ATM, Terengganu, Felda United, Pahang dan berkelana ke Liga Thailand pada tahun ini untuk ber@ksi dengan BG Pathum.

Tetapi akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang bermain di Liga Malaysia, dan pemain itu yakin keputusannya adalah tepat. Proses perbincangan dengan pasukan Sarawak United berjalan lancar dan buat masa ini saya terpaksa t0lak dua tawaran daripada dua kelab Liga Super. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka dan jika diberikan peluang, saya mungkin menyertai mereka pada masa akan datang.

Jurulatih Sathianathan merupakan antara faktor saya memilih untuk bekerjasama dengan beliau sekali lagi. Ia merupakan sasaran kami untuk membawa pasukan ke Liga Super, kata pemain berusia 34 tahun itu.Sebagai rekod, Sathianathan telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Sarawak United bagi tempoh dua tahun, bermula Januari 2021, manakala E.Elavarasan pula akan kekal sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Sementara itu, bercakap mengenai sebab dia memilih untuk menerima tawaran Sarawak United, Sathianathan berkata, Saya tertarik dengan projek yang mereka rancang, dan ia menepati perancangan yang saya mahukan, selain pihak penaja yang berminat menjadi rakan kongsi dengan Sarawak United.

Perancangan mereka nak melihat Sarawak kembali ke era kegemilangan pada 1990-an di mana pasukan berkenaan telah meraih pelbagai kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia.Sathianathan dan Norshahrul Idlan sebelum ini pernah beberapa kali bekerjasama ketika bersama pasukan B-23 dan senior kebangsaan, Kelantan, ATM dan Felda United.

Norshahrul adalah anggota skuad B-23 Harimau Malaya bimbingan Sathianathan yang muncul juara Pestabola Merdeka 2007,selepas itu dia menjadi salah seorang t0nggak penting ketika pengendali berusia 62 tahun itu memacu Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali pada 2010 menyaksikannya memahat nama sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia.

Dan Norshahrul juga merupakan salah seorang anggota skuad Felda United yang menamatkan saingan Liga Super 2017 di tempat ketiga dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia tahun tersebut.