TFC catat kemenangan ketiga berturut-turut

Terengganu FC (TFC) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dengan menundukkan Perak FC di Stadium Perak, di sini, sebentar tadi.

Peny3rang berpengalaman, Mohamad Faisal Abdul Halim membuktikan penyudahnya masih berbisa apabila meletakkan skuad kendalian Nafuzi Zain di depan pada minit ke-23 dengan menyudahkan tandukan Jordan Mintah.

Perlawanan babak pertama menyaksikan skuad P3nyu mendominasi permainan dengan tiga asakan garang dalam tempoh 10 minit perlawanan menerusi s3rangan ke kubu tuan rumah yang diselamatkan penjaga gawang, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Pemain Perak FC kendalian Chong Yee Fatt terpaksa berkampung di kubu sendiri bagi menyerap asakan pemain pelawat menerusi penyerang mereka yang diketuai Carlos Alberto Martinez De Murga.

Peluang terbaik Perak FC hanya hadir bermula minit ke-14 menerusi percubaan Muhammad Rafiuddin Roddin. Namun ia dibalas semula pasukan lawan melalui percubaan jarak jauh Muhammad Azalinullah Mohammed Alias pada minit ke-18.

Percubaan itu kemudian dibalas pasukan tuan rumah melalui tandukan pemain tengah, Leandro Dos Santos Oliveira tapi diselamatkan penjaga gawang skuad P3nyu, Muhammad Rahadiazli Rahalim.

Seperti perlawanan sebelumnya, gerakan menyerang Perak FC lebih menyerlah memasuki separuh masa kedua namun penyudahnya masih tumpul bagi mencari gol penyamaan. Kurang lima minit sebelum perlawanan berakhir, skuad Bos Gaurus hampir menyamakan kedudukan melalui peny3rangnya, Guilherme De Paula Lucrecio.

sumber : BH

Agak mengejutkan apabila tiga minit masa tambahan babak kedua yang diberikan pengadil dimanfaatkan TFC apabila jaringan kedua berjaya dihasilkan menerusi Dechi Marcel N’Guessan untuk keputusan muktamad 2-0.