TFC II dilabel pakar seri?

Terengganu FC II (TFC) tidak mahu lagi dilabel pakar seri sebaliknya tekad mahu menamatkan rekod itu dengan noktah kemenangan sebaik Liga Perdana disambung semula 3 April nanti.

Ketua jurulatihnya, Badrul Afzan Razali menegaskan tempoh rehat selama dua minggu bakal dimanfaatkan sepenuhnya untuk memantapkan lagi jentera pasukannya.

Jurulatih meningkat naik berusia 45 tahun kelahiran Kemaman itu berkata, jentera penyudah menjadi keutamaannya kerana masih belum tajam di depan gol.

“Selepas pertemuan pertama menentang skuad Projek FAM-MSN dengan kejayaan 4-0, perlawanan kedua hingga kelima, pasukan gagal merakam sebarang kemenangan sebaliknya hanya seri.

“Paling merisaukan adalah ketumpulan jentera serangan yang dilihat tidak begitu kreatif dan gopoh ketika berada di dalam kawasan penalti lawan sehingga jaringan gagal tercipta.

“Daripada lima perlawanan, kita hanya mengumpul tujuh jaringan, mungkin sebelum ini pemain tempatan terlalu bergantung kepada peny3rang import, Jordan Mintah yang kini membantu pasukan Terengganu FC (TFC) selepas peny3rang utamanya, David Da Silva mengalami kec3deraan.

“Jadi saya tiada pilihan selain perlu meningkatkan kualiti barisan peny3rang tempatan supaya mereka lebih padu dan bijak menghidu gol ketika meny3rang dengan pertemuan seterusnya menentang PDRM FC pada Sabtu minggu depan,” katanya.

sumber : HM

Berdasarkan rekod lima perlawanan setakat ini, skuad pembangunan itu merakam satu kemenangan dan empat kali seri ketika bertemu Kuching City FC (1-1), Negeri Sembilan (2-2), Kelantan FC (0-0) dan terakhir dengan Sarawak United (0-0) dengan kini menghuni di kedudukan kelima liga mengutip tujuh mata.