TFC II Menang bergaya

Naib juara Liga Perdana musim lalu, Terengganu FC II (TFC II) bermula langkah kanan selepas mudah menjinakkan pendatang baharu, skuad Projek FAM-MSN 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,

May be an image of 2 people, outdoors and text

Bagaimanapun skuad The Turtles kendalian Badrul Afzan Razali terpaksa menunggu pada minit ke-19 sebelum memperoleh jaringan pertama menerusi sepakan percuma Muhamad Hairiey Hakim Mamat.

Lapan minit berselang, Ridzuan Mohd Razali hampir menambah jaringan buat TFC II namun penjaga gol, Al-Iman Wahiey Muhammad Amir lebih tangkas menangkis percubaan pemain itu.

Tuan rumah yang mendominasi permainan berjaya menambah jaringan kedua menerusi sepakan leret Muhammad Nur Azfar Azhar pada minit ke-42 yang gagal ditangkap kemas penjaga gol.

Sepanjang babak pertama tiada satupun percubaan tepat dimiliki skuad kendalian Yusri Che Lah itu, sebaliknya TFC II yang menurunkan tiga tonggak import termasuk Dechi Marcel lebih banyak mencipta peluang.

Bersambung babak kedua, Ridzuan tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila rembatan dalam kotak penalti pada minit ke-46 gagal diselamatkan penjaga gol untuk menjadi kedudukan 3-0.

Sedar pasukannya kerap diasak, Yusri memasukkan penjaga gol kedua, Mohamad Nabil Ramli bagi menggantikan Al-Iman Wahiey yang dilihat sedikit tertekan apabila diasak.

sumber : BH

Bagaimanapun pada masa kecederaan peny3rang gantian, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali menambah derita pelawat apabila meledak jaringan keempat menerusi sepakan penalti untuk mengukuhkan kedudukan 4-0.