Sukan

TFC terima tajaan RM1.5 Juta

Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd menerima tajaan RM1.5 juta daripada syarikat redONE Network Sdn Bhd, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, dengan penajaan itu melayakkan syarikat telekomunikasi itu sebagai penaja platinum TFC buat dua tahun berturut-turut.

“Kita bersyukur dan berterima kasih kerana redONE kekal sebahagian daripada keluarga besar TFC dan dengan jumlah tajaan sebanyak itu sekali gus menyaksikan hanya jenama redONE sahaja akan berada pada jersi pasukan dalam saingan Piala AFC di Singapura, Jun ini.

“Menerusi kerjasama ini juga pelbagai program akan dirangka bagi memastikan kedua-dua pihak memperoleh manfaat.

“Selain itu, ia bakal merancakkan lagi industri bola sepak negeri walaupun setakat ini saingan Liga Malaysia (Liga M) dilangsungkan tanpa penonton bagi membendung penularan wabak C0 v!d-19,” katanya selepas selesai Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan di ibu pejabat redONE di Bandar Puchong Jaya, hari ini.

sumber : BH

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus berkata, peningkatan peluang untuk menembusi pasaran di rantau ini mendorong syarikat itu terus kekal menaja TFC musim ini.