The “golden goal” Selangor ke Sabah FC

Selamat datang ke Sabah FC, Mohd Amri Yahya!

Selamat datang ke Sabah FC kepada Amri Yahya, pemain yang cukup dikenali dalam arena bola sepak tanah air dengan mencipta nama bersama skuad Selangor dari tahun 2001 hingga tahun 2013. Sepanjang 12 tahun khidmat bersama The Red Giant, Amri Yahya ini berjaya menyumbat 71 gol daripada 374 jumlah penampilan.

Aksi konsisten beliau telah membuka mata pasukan JDT yang lantas menandatangani beliau pada tahun 2014 hingga 2016. Tahun berikutnya menyaksikan Amri Yahya bertandang ke skuad Melaka United sebelum kembali bersama Selangor pada tahun 2018 hingga 2019. Musim lepas, peny3rang yang menghasilkan gol “golden goal” Selangor ketika aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 menentang Sabah ini telah beraksi untuk pasukan Sarawak United.

Dengan kehadiaran Amri Yahya, diharapkan s3rangan dan corak permainan tersusun akan kelihatan dalam pasukan Sabah FC dalam saingan Liga Super musim ini.

sumber : S.F.A

Usia yang telah mencecah 40 tahun ini hanyalah angka buat beliau, Likas pula bukanlah asing buat beliau. Untuk rekod, kali terakhir Amri Yahya beraksi di Likas ialah ketika Selangor tewas 2-1 di tangan Sabah dalam kancah Piala Malaysia 2018.