Tiada alasan dan tiada pertelingkahan

Perancangan juara Liga Super tujuh kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) membina pusat latihan setempat mega bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim jelas membuktikan betapa mereka terus mengorak langkah untuk menjadi g3rgasi bola sepak.

Malah, Ketua Perhubungan Kerajaan dan Kemudahan Bolasepak Victoria, Sebastian Hassett mengakui skuad JDT itu sudah meletakkan standard mereka yang tersendiri bagi bola sepak di rantau ini.

Menerusi ciapannya di Twitter, dia jelas teruja dengan visi pasukan itu yang sentiasa mengutamakan infrastruktur berkelas dunia dan mengharapkan semua pasukan untuk belajar daripada JDT.

Tiada alasan, tiada perte3lingkahan, mereka hanya terus bergerak ke hadapan. Apabila anda meletakkan bola sepak sebagai keutamaan, lihatlah apa yang boleh anda capai.

Pada pandangan saya, mereka meletakkan standard untuk rantau ini. Bravo Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kata Sebastian.

Dalam masa sama, Sebastian turut menolak kewangan sebagai satu satunya faktor yang membantu pasukan itu meraih kejayaan demi kejayaan.

Selepas bekerja di sekitar bola sepak Malaysia untuk beberapa ketika, semua pihak harus belajar daripada JDT. Ia bukanlah kerana wang semata mata. Ia kerana budaya, mentaliti – semua benda kecil yang digabungkan.

Apabila saya memberi nasihat kepada pasukan, itulah panduan yang saya berikan. Kawal perkara kecil dengan betul sejak dari hari pertama, katanya.

Terdahulu, JDT mengesahkan mereka akan membina pusat latihan baharu untuk menempatkan semua pasukan dari skuad senior sehingga ke pasukan akademi JDT bersebelahan dengan stadium ikonik itu.

sumber : BH

Pusat latihan baharu ini turut mempunyai padang bola sepak ‘indoor’ bersaiz penuh dan menyaksikan setiap pasukan JDT mempunyai dua padang latihan dan kemudahan yang serba canggih.