“Tiada apa-apa untuk saya komen” Yusri Kecewa

Kelantan FC gagal meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Premier apabila kecund@ng 0-2 kepada pasukan tangga tercorot Kuching FA.

Jaringan Yuta Suzuki (m-67) dan Yuki Tanigawa (m-71) menghadiahkan Kelantan FC kekalahan ketiga musim ini, menyaksikan mereka tergelincir ke tangga kesembilan liga dengan hanya lapan mata, sekaligus terkeluar dari kedudukan untuk merebut slot beraksi di Piala Malaysia.

Sebagai makluman, hanya lima pasukan teratas Liga Premier (tidak termasuk pasukan feeder) akan layak ke pertandingan berprestij itu yang akan berlangsung sejurus berakhir saingan liga.

Ia jelas cukup mengec3wakan pengendali pasukan Yusri Che Lah, apatah lagi dia membawa pasukannya ke Kuching dengan keyakinan tinggi untuk meraih tiga mata, mengambil kira mood dan mental para pemain berada dalam kondisi terbaik setelah pihak pengurusan melangsaikan semua gaji tertunggak hanya beberapa hari lalu.

Kekec3waan itu cukup terserlah apabila Yusri Che Lah seperti kehilangan kata-kata ketika sidang media selepas perl@wanan dan memilih untuk tidak bercakap mengenai prestasi pemainnya.

“Tiada apa-apa untuk saya komen, saya kec3wa dengan keputusan ini. Keputusan malam ini saya tak boleh terima, tersangat mengec3wakan, itu sahaja, terima kasih,” kata Yusri Che Lah.

Kini Kelantan FC tiada pilihan selain dari mencatat kemenangan dalam baki tiga perl@wanan jika tidak mahu berputih mata terlepas aksi Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut. Tahun lalu mereka menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan ke-11 dan sekadar layak beraksi di Piala Cabaran.

Tiga perl@wanan seterusnya untuk skuad The Red Warriors adalah menentang Sarawak United (25 September); Negeri Sembilan (3 Oktober) dan JDT II (9 Oktober).

Sementara itu, kemenangan buat Kuching FA menyaksikan mereka keluar dari kedudukan tercorot dan menduduki tangga ke-11 seterusnya turut menghidupkan peluang tipis untuk memburu tiket ke Piala Malaysia.

“Semangat berpasukan tinggi memacu kemenangan kita. Seperti saya selalu katakan, sedikit kesilapan akan merugikan kita, dalam masa satu saat segalanya boleh berubah. Jadi hari ini kita bermain dengan cukup baik, pertah@nan dan s3rangan berkoordinasi dengan cukup baik. Kita tak akan berputus asa dan mensasarkan menang kesemua baki tiga perl@wanan,” kata jurulatih Kuching FA Ahmad Faizal.