Tiada istilah ‘tersalah tingkap’

Tiada istilah ‘tersalah tingkap’ atau silap saman dalam tuntutan yang dibuat jurulatih dari Chile, Simon Elissetche terhadap Kuala Lumpur United FC (KL United).

Peguam kepada Elissetche, Zhafri Aminurashid menjelaskan KL United juga perlu bertanggungjawab walaupun yang menandatangani kontrak bersama jurulatih itu adalah Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Katanya, soal siapa yang menandatangani kontrak bukan satu isu kerana KLFA dan KL United adalah entiti sama.

Simon Elissetche Saman Kuala Lumpur United RM3.5 Juta

“Walaupun KLFA yang tandatangan (kontrak), selepas KLFA dikatakan sudah menyerahkan lesen kepada KL United, ia tetap membawa kesan sama dan liabiliti yang ditanggung semua dibawa bersama juga.

“Jadi tak ada isu yang (pihak) ini tidak tandatangan sebab mereka sudah dikira entiti yang sama,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

“Dalam kontrak yang dia tandatangan itu… pertama, kontrak untuk ketua jurulatih. Kedua, kontrak itu adalah ketua jurulatih Liga Super 2021 dan untuk dia bagi kenyataan menyatakan sebaliknya, bagi saya itu juga tidak tepat dari segi perundangan.

Zhafri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung KLFA,

Nokman Mustaffa bahawa perjanjian Elissetche adalah dengan KLFA, bukannya KL United.

Semalam, BH Sukan melaporkan Elissetche membuat tuntutan sebanyak RM3.5 juta secara keseluruhan selepas ditamatkan kontrak tanpa alasan munasabah dan didakwa memiliki lesen profesional yang tidak sah.

Jumlah itu merangkumi tuntutan dengan anggaran RM500,000 bagi kes FIFA berkaitan penamatan kontrak selain pampasan RM3 juta untuk tuntutan sivil.

Selain itu, Zhafri menjelaskan pihaknya bersedia membuka pintu rundingan dengan KLFA dan KL United bagi menyelesaikan kes berkenaan.

sumber : BH

“Apa yang Simon buat adalah untuk membersihkan diri dia. Kita akan teruskan dengan dua perkara yah kita cakapkan itu. Tapi kalau KLFA dan KL united nak selesaikan masalah ini, kita buka ruang untuk perbincangan,” katanya.