Tiada seorang pun strikers tempatan

Tiada apa yang diminta oleh pengendali H@rimau Malaya, Tan Cheng Hoe selain berharap peny3rang tempatan dapat melakukan latihan tambahan bagi menaj@mkan sentuhan di depan gol.

Ternyata harapan yang disuarakan Cheng Hoe itu boleh dianggap ‘semboyan’ kebangkitan buat peny3rang tempatan yang kini diihat agak tenggelam dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila senarai penjaring terbanyak lebih didominasi ayam tambatan import.

Jelas jurulatih berusia 53 tahun yang berasal dari Kedah itu, beliau sentiasa berfikir secara positif dan percaya peny3rang negara akan bangkit lebih ampuh menjelang aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun ini.

“Kita tahu dari segi penjaring sekarang (senarai penjaring terbanyak Liga M) adalah pemain import. Sebagai jurulatih saya kena fikir positif di mana kita tetap kena menaruh harapan walaupun peny3rang tempatan kurang menyerlah di liga.

“Setiap pemain walaupun diturunkan dalam separuh masa kedua sekalipun harap dapat beri persembahan terbaik.

“Mungkin mereka boleh mempertaj@mkan sentuhan penyudah dalam latihan untuk bersedia bagi latihan aksi persiapan terakhir skuad kebangsaan itu nanti dan sebagai jurulatih itu harapan saya,” katanya.

Arena Metro semalam melaporkan, menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 yang berbaki 44 hari lagi, kekuatan jentera ser@ngan skuad Harimau Malaya menjadi kebimbangan berikutan tiada seorang pun peny3rang tempatan yang merekodkan lebih daripada lima gol dalam sembilan aksi di Liga Super.

Sebaliknya ia dikuasai ayam tambatan import yang diketuai penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dengan sembilan gol diikuti pemain Selangor FC, Ifedayo Olusegun (tujuh gol), pemain Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman (enam gol) dan tonggak Penang FC, Casagrande (lima gol).

Bagaimanapun, pemain baharu naturalisasi negara dari Brazil, Guilherme de Paula yang beraksi untuk Perak FC mungkin memberi sedikit kelegaan apabila berjaya mel3dak empat gol.

Selebihnya peny3rang tempatan seperti Shahrel Fikri sekadar mel3dak satu gol, begitu juga dengan beberapa pemain senior lain termasuk Akhyar Rashid dan Safawi Rasid turut mencetak satu gol.